iman itu bukan hanya pada angan-angan dan cita-cita, bukan pula dengan bicara kata tetapi ia apa yang tersemat dalam jiwa dan dibuktikan pula dengan amalannya (langit ilahi 3 : fanzuru)

keimanan yang mandul

Iman bermaksud keyakinan yang teguh melalui membenarkan dengan hati, menakui dengan lidah, dan beramal dengan anggota. Mandul? mungkin agak kebiasaan mendengar perkataan mandul dalam seharian hidup kita. Biasanya akan dikaitkan dengan sepasang suami isteri yang tidak mampu untuk mendapat zuriat.

Saya pernah perhatikan sepasang suami isteri yang tidak mampu untuk mendapatkan zuriat untuk kebahagiaan rumah tangga mereka. Namun begitu, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan anak. Justeru, mereka sanggup ke rumah anak yatim untuk mendapatkan anak yatim yang sanggup untuk dijadikan anak angkat.

Agaknya bagaimanakah jikalau iman kita yang mandul?

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan- perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapatkan pelajaran). (Ibrahim 14: 24-25)

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Satu analogi yang mudah untuk difahami. seseorang itu beriman kepada Allah. Secara tidak langsung, dia akan beriman kepada Rasul-Rasulnya. Seterusnya dia akan beriman kepada rukun-rukun iman yang lain.

mungkin ramai yang tidak perasan. Kepada yang perasan, saya ucapkan tahniah. Keimanan kepada Allah telah membuahkan keimanan yang lain. Dan apabila kita beriman kepada Allah, maka tanpa panjang bicara kita telah beriman kepada rukun islam yang lain.

Allah berfirman:
”Wahai orang-orang yang beriman, berimanlah kamu kepada Allah, Rasul-Nya dan kitab yang diturunkan kepda Rasul-Nya dan kitab yang diturunkan sebelum itu, dan barangsiapa yang kufur kepada Allah, dan malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari akhir benar-benar ia telah sesat dengan kesetan yang jauh.” (QS. An-Nisa’ 136)

begitulah anak-anak kepada iman

dan bagaimana pula sekiranya iman kita mandul?

Dan bandingkan kalimah yang jahat-buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah terbongkas akar-akarnya dari muka bumi tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. (ibrahim 14 :26)

jika dibandingkan sebentar sahaja tadi, pokok itu tidak hidup, tambahan pula ia rapuh dan tidak bermakna. tanpa menghasilkan buah dan pucuk yang mampu menjalar ke langit.

Bagaimana pula dengan iman yang mandul? iman yang mandul adalah iman yang tidak mampu membuahkan amal yang lain. Mereka sudah cukup yakin bahawa iman mereka sudah kuat tanpa mereka sedari mereka banyak meninggalkan amal-amal yang lain.

seseorang itu mengaku dia beriman kepada Allah swt dan rukun iman yang lain.namun dia tidak mengaplikasikan kehidupan sebagai seorang mukmin dalam kehidupannya.Kita percaya bahawa Allaha akan mengira amal kita, tetapi kita tidak mampu menahan diri kita daripada melakukan dosa. Kita percaya bahawa Al-quran itu kalam Allah swt namun kita tidak mengamalkan dalam kehidupan.

itulah dia fenomena kemandulan iman. kita percaya, sekadar percaya ala kadar sahaja, tidak mampu memberikan pulangan yang baik kepada diri kita.

Ketika kita di zaman muda inilah, kita masih mempunyai masa dan semangat untuk melakukan perlbagai perkara dan kita yakin bahawa iman kita sudah mantap. Apabila rumah tangga dibina, kita akan mempunyai pelbagai alasan. dan tanpa disedari, iman kita akan berkurang sedikit demi sedikit. Ketka inilah kita mampu melihat iman kita di mana. Adakah iman kita mandul ataupun tidak.

sesungguhnya, keimanan itu hanya boleh dibuktikan apabila kita diuji. jika kita mampu melepasi ujian tersebut, maka hasilnya adalah buah dan sekiranya kita gagal dan putus asa maka sudah terang lagi bersuluh bahawa iman kita mandul.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (al-ankabut 29:2)

apabila kita memahami hal ini, barulah terasa peritnya kita melihat manusia biasa yang tidak pernah duduk dalam suasana tarbiyah, yang tidak pernah mempunyai sahabat yang bertindak sebagai penggerak ummah, namun mampu istiqamah dalam beribadat, dan dalam pelajaran. Ketika itu, barulah terasa peritnya melihat kemandulan iman kita.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (ali imran 3: 31-32)

bagaimanakah iman kita?adakah kita masih menjaganya?Adakah kita masih menyiramnya? Adakah masih kita mengasahnya? Adakah kita berusaha untuk mempertingkatkan iman kita?

Ayuh lah kita beramal

nor adli hakim
0218
19-06-2011

2 comments:

Dr. Mohamad Khir Bin Johari said...

iman akan membuatkan rasa cinta itu lebih bermakna..

tanpa iman, maka cinta yang wujud itu hanyalah tiada guna, atau istilahnya, mandul..

jazakallahu khairan..

adli hakim said...

waiyyakum akhi....

Post a Comment