iman itu bukan hanya pada angan-angan dan cita-cita, bukan pula dengan bicara kata tetapi ia apa yang tersemat dalam jiwa dan dibuktikan pula dengan amalannya (langit ilahi 3 : fanzuru)

Hambamu by Mawi dan Akhil hayy


HambaMu oleh Mawi & Akhil Hayy

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

C/O
Suluhkan cahaya hati di terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya disisimu ku berserah
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Owh ho owh ho
Hambamu Allah.....

Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

Usaha dengan doa itu
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui




pernah sekali terbaca 'Jangan terlalu bercerita pada manusia bila kita ada masalah'.

Ketahanan hati & iman manusia diuji dgn musibah & masalah; dalam proses mendapat ketenangan, cuba lihat kita akan meluah & mengadu kepada Allah atau kpd manusia lain atau mencoretkannya di facebook. Kemudian manakah yg benar2 kita harapkan boleh membantu kita, mencapai jalan keluar & ketenangan semula? Semuanya DIBENARKAN, namun, ramai yg 'sikit' harapannya kpd Allah berbanding yg lain.

cumanya jgn lupa...... kalau berita gembira itu rezeki dari Allah dan kalau ditimpa musibah itu dugaan dari Allah sebab Dia nak tengok. bila susah kita cari siapa? bila kita gembira kita ucap syukur pada siapa... Dia mahu kita ingat pada Dia...

selamat beramal....

0 comments:

Post a Comment