iman itu bukan hanya pada angan-angan dan cita-cita, bukan pula dengan bicara kata tetapi ia apa yang tersemat dalam jiwa dan dibuktikan pula dengan amalannya (langit ilahi 3 : fanzuru)

Daie bermata Lebah


بسم الله الرحمن الرحيم

Kita sebagai seorang daie sentiasa melaksanakan kerja-kerja dakwah. Dalam perlaksanaannya, kita sentiasa memerlukan bekalan di jalan ini. Hal ini secara tidak langsung akan membentuk cara kita melaksanakan kerja ini. Sebaliknya, tanpa iman yang mendalam (imaanul amiq) , adakah kita mampu melaksanakannya dengan sepenuh hati kita? Sudah tentunya tidak mampu kita laksanakan kerja dakwah ini.

Sebelum kita bercerita panjang mengenai perlaksanaan kerja-kerja dakwah, ingin sekali saya bawa pembaca untuk memahami apa itu dakwah.

Dakwah dalam bahasa Arab membawa maksud mengajak atau menyeru. Secara ringkasnya, menurut istilah, dakwah merupakan suatu usaha berterusan dan bersungguh-sungguh untuk mengajak manusia kembali kepada Islam, daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah yang satu. 

Jika disingkap kembali sirah nabawiyah, kita akan berjumpa dengan ramai sahabat yang semuanya menjadi seorang daie. Ungkapan seorang daie itu amat jelas sekali diungkapkan oleh ruba'i bin Amir, seorang panglima perang yang berhadapan dengan Rustum

“Kami datang untuk membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia, kepada menjadi hamba kepada Allah SWT, dan mengeluarkan mereka dari kesempitan dan kezaliman agama-agama kepada keluasan dan keadilan Islam.”


Jelas di situ tugas seorang Dai'e.

Kalau kita berbicara mengenai amal kita, kita yakin bahawa sebaik-baik method yang diajarkan adalah method yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW dan method ini dipopularkan dan diberi nafas baru oleh Imam Syahid Hassan Al Banna dinamakan sebagai Usrah.

Proses perlaksanaan ini memerlukan perancangan yang tersusun rapi dan kita ingin mengislahkan masyarakat kita. Tugas seorang daie ini diibaratkan mencari permata dalam lumpur-lumpur hitam yang gelap dan tiada dasarnya. Memerlukan kesabaran dan kesungguhan untuk melaksanannya. Dan disitulah mulanya kita memilih para mad'u (objek dakwah) untuk dibentuk dan digilap.

“Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya, mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana”
(at-Taubah: 71)
See full size image

Seorang daie itu seharusnya mempunyai mata lebah. bagaimanakah yang dikatakan sebagai mata lebah itu? Sifat lebah itu dia mampu mencari bunga di dalam longgokan najis atau sampah sarap. Daie itu haruslah bijak mencari insan-insan yang mampu mencari agen pengubah kepada masyarakat dalam lautan manusia. Dia harus memilih benih yang baik untuk ditabur dan bercambah. Daie itu juga mampu mencari kebaikan di dalam mad'u mereka ini walaupun mereka ini dipalit seribu kejahatan. Kebaikan itu lah yang harus kita kembangkan dalam pada masa yang sama kita terus mengislahkan mereka.

Seandainya mereka ini bermata lalat, yang bertebangan di taman bunga mencari sampah sahaja. Walaupun berhadapan dengan manusia yang mempunyai seribu kebaikan, kita terus mencari sekecil-kecil kesalahan yang dilakukannya.

0 comments:

Post a Comment