iman itu bukan hanya pada angan-angan dan cita-cita, bukan pula dengan bicara kata tetapi ia apa yang tersemat dalam jiwa dan dibuktikan pula dengan amalannya (langit ilahi 3 : fanzuru)

Pilihan dalam kehidupan

Assalamualaikum

2015. Satu tahun yang baru dan semoga kita mampu menjalani kehidupan dengan lebih baik, Maaf andai yang menanti penulisan ini (poyo je lebih) kerana terlambat sedikit untuk update. Kalau takde, ok je kot.. haha

Seperti biasa, terlampau banyak yang inginku coretkan namun dengan kekangan masa yang ada dek terlampau banyak aktiviti yang perlu diutamakan, tidak semua mampu ku coret agar mampu menjadi sesuatu yang bermanfaat untuk ummah. Jikalau mampu ingin sekali setiap perkara yang terlintas diminda ini dicoretkan agar mampu menjadi sumbangan kepada ummah.

Tahun baru dengan azam yang baru. Sudah tentu setiap daripada kita mempunyai target yang ingin dicapai dalam masa setahun. Azam atau target, bergantung kepada kita apa yang kita sasarkan setiap tahun. Ah, jikalau disenaraikan setiap satu, memang tidak pernah akan habis. Dan pada akhir tahun kita akan kembali menyelak senarai tersebut adakah kita sudah berjaya melaksanakannya atau tidak.
Ya! Jika diimbas kembali, sudah tentu banyak azam yang sudah kita senaraikan namun tidak berjaya melaksanakannya.




Buat masa sekarang, aku sedang bermuhasabah. Apakah yang aku rancang tahun lepas segalanya sudah terlaksana. Walaupun telah berbagai usaha yang aku lakukan adakah aku mampu melaksanakan semuanya. Ada dua perkara yang aku gusar sepanjang aku ingin melaksanakannya. Pertama aku takut memilih untuk melakukannya. Gusar pilihan itu tidak tepat dan akhirnya segala yang dirancang terbengkalai di tengah jalan. Kedua aku telah memilih. Adakah yang telah aku laksanakannya bertepatan dengan yang sudah dirancang oleh Allah dan akhirnya dengan perlaksanaan ini aku tidak mampu keluar dari pilihan aku. Akhirnya aku akan bahagia atau merana dengan pilihan yang telah aku lakukan. Namun, aku percaya dengan perancangan Allah kerana Dia adalah sebaik-baik perancang.

Tenang. Tarik nafas, hembus. Renung melihat awan berarak. Terus bergerak mengikut aturan yang telah ditetapkannya. Sesekali ke kiri. Sesekali ke kanan. Walaupun pecah ditiup angin, tetap bergerak. Begitulah kehidupan manusia. Kita perlu terus melangkah untuk meneruskan kehidupan. Andai goyah atau rebah, bangun dan melangkah kembali meneruskan kehidupan yang masih bersisa. Andai gusar dengan pilihan, berhentilah seketika untuk melihat kehidupan yang telah anda lalui, nescaya kau yakin akan pilihan yang telah Allah tetapkan. InsyaAllah.

Manusia sentiasa melihat hasil daripada usaha yang dilakukan. Tetapi Allah melihat usaha yang telah kita lakukan. Andai rebah dipertengahan jalan, yakinlah dengan rahmat Allah.

wassalam

Mont Blanc oct 2004.JPG


Adli Hakim:

Teruskan melangkah mengharungi kehidupan. Kita semua dalam perjalanan untuk pulang ke kampung halaman kita.


1 comments:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas mendowload dn upload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Post a Comment