iman itu bukan hanya pada angan-angan dan cita-cita, bukan pula dengan bicara kata tetapi ia apa yang tersemat dalam jiwa dan dibuktikan pula dengan amalannya (langit ilahi 3 : fanzuru)

Bila baju melayu bertemu baju kurung

assalamualaikum...

apa khabar agaknya pembaca di sana?

C.I.N.T.A merupakan satu fitrah yang wujud dalam diri kita dan aku yakin ramai yang pernah merasai cinta ini. cinta antara sahabat,keluarga, rasul dan barang-barang kepunyaan kita. Jadi, cinta itu cukup indah andai ia diletakkan di tempat yang betul,jika diberikan kepada yang tepat dan cara yang benar mengikut landasan islam

Dalam masyarakat kita, percintaan sering kali dikaitkan dengan rumah tangga yang tidak akan tenteram kerana mereka saling tidak mengenali antara satu sama lain terlebih dahulu. Maka dari sini wujudlah satu percintaan sering diagung-agungkan oleh masyarakat kita iaitu percintaan selepas perkahwinan yang dikatakan akan bahagia hingga ke anak cucu.

Percintaan ini wujud kerana masyarakat kita tersalah tafsir dek kerana terpengaruh dengan lakonan-lakonan di kaca televisyen yang digambarkan cukup indah. Cinta antara lelaki dan perempuan tanpa batasan, dengan ciuman, keluar berdua-duaan, berpegangan ketika berjalan tanpa mengira batas dan tatatertib masyarakat.

Aku yakin kalau aku tanya siapa yang patut kita cintakan dahulu, sudah tentulah banyak lidah yang akan mengatakan Allah.Selepasnya adalah rasul.Namun bila hati berbicara lain,siapa yang tahu. Jadi sudah tentulah ramai diantara kita mempunyai pengetahuan luas mengenai pemilik cinta yang pertama. Namun, sejauh manakah kita jelas mengenai cinta terhadapNya.

Dalam sehari, berapa kali kita ingat Allah? kita kata Allah pemilik cinta kita yang utama. Aku ambil yang paling minimum. solat satu waktu 5 min. 5 waktu jadilah 25 minit. aku ambik waktu tidur 5 jam la. tolak makan minum melepas hajat mandi, aku genapkan jadi 35 minit. dan keseluruhan nya adalah 6 jam.. berbaki lagi 18 jam. Agak-agak dalam 18 jam ni ada kita ingat Allah? kalau ada berapa banyak?

Tadi dah cakap pemilik cinta yang hakiki adalah Allah. tapi berapa banyak masa yang diperuntukkan untuk bersama. biasanya kan orang bercinta akan jadi angau, sentiasa terbayangkan wajah kekasih. Sebut nama kekasih pun dah boleh buat pipi merah. haha.




Lau Kaana Bainana


Sudah tentulah pemilik cinta kita yang seterusnya adalah rasul. Tetapi, adakah itu dijawab dengan kefahaman yang tepat?

Cukupkah cinta kita terhadap Rasulullah SAW? kita cakap kita cinta allah. kita solat 5 waktu. beres kerja. tapi, apa yang kita buat untuk membuktikan cinta terhadap rasul?

Selawat? cukup lah kot kalau kira dalam solat. cuba kita kira selepas solat. semoga lidah kita tidak kering menuturkan selawat.

Cukup ke perasaan cinta kita begitu sahaja? Hanya sekadar selawat dalam solat? Rasulullah adalah pemilik cinta kita yang kedua. Pada saat kewafatannya, baginda masih mengingati kita. Namun, aku yakin ramai akan cakap "sakit" pada akhir hayat mereka.


Dan tibalah saatnya kita memberikan cinta kita pada pemilik yang seterusnya. Yang halal buat kita semua. Apabila Baju melayu bertemu baju kurung, hati mula bergetar. Terasa itu perasaan cinta. Adakah itu cinta yang halal? Benar atau tidak bergantung kepada tindakan yang akan di ambil seterusnya.

Betul atau salah bergantung kepada apa yang kita lakukan selepas itu. Jika kita memilih mendekati kepada jalan yang salah, kita menghampiri kepada cinta yang salah. Dan bermulalah proses penghasilan lubuk-lubuk dosa kita. Lubuk dosa yang penuh dengan angan-angan, lubuk dosa yang penuh dengan tangisan merajuk, lubuk dosa yang penuh pembaziran wang ringgit dan waktu, lubuk dosa yang penuh dengan syakwasangka kepada si dia yang mungkin curang, lubuk dosa dengan pergaduhan, lubuk dosa dengan ungkapan sayang yang bersifat luaran, lubuk dosa dengan berbangga dengan gambar-gambar berdua-duaan, yang mendekatkan diri kepada zina mata, zina hati. Dan terlebih bimbang jika pengakhirannya akan membawa penyesalan kepada diri- sendiri.

Tapi jika kita memilih menyalurkannya kepada jalan yang betul, ini akan menjadi sebuah cinta yang halal, cinta yang mampu menjadi lubuk pahala bagi kita. Lubuk pahala yang mampu memberikan ganjaran berlipat-lipat ganda.

Jika sudah bersedia, pilihlah untuk berkahwin. Tetapi bukan dengan cara bercinta sebelum berkahwin dengan lelaki yang tidak halal bagi kita. Ada cara-cara tertentu, antaranya melalui orang tengah yang kita thiqah padanya, atau ibubapa. Kita terjaga, maruah kita terjaga, dan keberkatanNya ada. Kita ingin membina sebuah rumahtangga yang barakah, bercinta hingga ke syurga. Macam mana nak bercinta hingga ke syurga apabila sebuah rumah tangga dimulai dengan perkara-perkara yang tidak diredhai Allah?

Cinta fitrah ini yang berakhir dengan sebuah perjanjian kuat yang indah, menjadi sebuah pelengkap agama. Dan seterusnya, lubuk pahala ini akan terus terisi dengan menjadikan diri sebagai seorang isteri solehah yang terbaik buat si dia yang halal, pemilik cinta kita selepas Allah dan RasulNya.

Bagi yang sedang bercinta dengan seorang lelaki yang belum halal bagimu, jika belum bersedia untuk berkahwin dalam masa yang terdekat, kuatkanlah diri, pilihlah untuk mengakhiri percintaan yang salah. Takut? Percayalah, Allah akan beri kekuatan. Jika benar si dia yang masih belum halal adalah untukmu, Allah akan hadirkan dia kembali buat dirimu. Janji yang Allah tak pernah mungkiri bahawa setiap makhluknya diciptakan berpasang-pasangan. Dan pasti ada pasangan yang tertulis namanya di Lauh Mahfuz untukmu. Dan bila kita meninggalkan sesuatu kerana Allah, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang pasti lebih baik untuk kita. Kita mesti benar-benar percaya kerana Allah adalah pemilik cinta kita yang utama, yang takkan sesekali menipu hambaNya. Keyakinan dan keimanan ini adalah bukti cinta kita kepada pemilik cinta kita yang pertama iaitu Allah.

Cinta ini adalah lubuk pahala. Jika belum bersedia, atau belum mampu, atau belum tiba masanya, tetapi perasaan fitrah itu sudah ada, inilah yang akan menjadi lubuk pahala bagi kita. Bermujahadahlah. Tambahlah istighfar kepadaNya, berpuasalah untuk menjaga sebuah fitrah yang indah ini, dan teruslah berdoa. “Prayer is the best armor against all trials”.

Dan dalam masa menanti seorang yang soleh hadir, kita bukan hanya perlu mencari, tetapi perlulah menjadi. Berusaha menjadi seorang wanita yang solehah, dan cuba memperbaiki kekurangan diri semampu yang mungkin.

Bila baju melayu bertemu baju kurung, biarlah hanya untuk yang halal

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum, sy ni, ilmu x setinggi mana, tp pernah mendengar ustz menggunakan ayat 24 at taubah, sebgai hujah bhwa selepas cinta pda Allah, adlah cinta pada Rasul, dan yg ketiga adalah cinta kepada Jihad....

[24]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

maaf jika ada kesilapn di pihak diri ini
moga ALlah membrkati smua

adli hakim said...

setelah dirujuk dengan kepada yang lebih pakar, ayat ke 24 surah at-taubah ini ditujukan kepada mereka yang lari dari medan jihad.

jihad mengandungi dua pengertian, iaitu pertama, segala usaha dan upaya sekuat tenaga serta kesediaan untuk menanggung kesulitan di dalam memerangi dan menahan agresif musuh dalam segala bentuknya. Jihad dalam pengertian ini juga disebut qital atau al-harb.

Kedua, segala usaha yang sungguh-sungguh dan berterusan untuk menjaga dan meninggikan agama Allah

kembali kepada definisi yang pertama,jihad mempunyai jarak kadar wajib untuk kita. iaitu 2 marhalah. andai lebih daripada ini, maka hukumnya adalah tidak wajib.

andai jihad ini wajib bagi setiap umat islam lakukan, dengan erti kata lain pergi ke medan peperangan, sudah pasti palestin sudah lama kembali aman

pernah dalam satu kisah, di mana seorang pemuda ingin berjuang dalam satu peperangan jihad dan lalu baginda bertanya, adakah anda masih mempunyai ibu. lalu si pemuda tersebut berkata dia masih mempunyai ibu. Bagina meminta dia untuk tidak menyertai peperangan tersebut dan minta dia kembali ke ibunya

Post a Comment