iman itu bukan hanya pada angan-angan dan cita-cita, bukan pula dengan bicara kata tetapi ia apa yang tersemat dalam jiwa dan dibuktikan pula dengan amalannya (langit ilahi 3 : fanzuru)

Bila baju melayu bertemu baju kurung

assalamualaikum...

apa khabar agaknya pembaca di sana?

C.I.N.T.A merupakan satu fitrah yang wujud dalam diri kita dan aku yakin ramai yang pernah merasai cinta ini. cinta antara sahabat,keluarga, rasul dan barang-barang kepunyaan kita. Jadi, cinta itu cukup indah andai ia diletakkan di tempat yang betul,jika diberikan kepada yang tepat dan cara yang benar mengikut landasan islam

Dalam masyarakat kita, percintaan sering kali dikaitkan dengan rumah tangga yang tidak akan tenteram kerana mereka saling tidak mengenali antara satu sama lain terlebih dahulu. Maka dari sini wujudlah satu percintaan sering diagung-agungkan oleh masyarakat kita iaitu percintaan selepas perkahwinan yang dikatakan akan bahagia hingga ke anak cucu.

Percintaan ini wujud kerana masyarakat kita tersalah tafsir dek kerana terpengaruh dengan lakonan-lakonan di kaca televisyen yang digambarkan cukup indah. Cinta antara lelaki dan perempuan tanpa batasan, dengan ciuman, keluar berdua-duaan, berpegangan ketika berjalan tanpa mengira batas dan tatatertib masyarakat.

Aku yakin kalau aku tanya siapa yang patut kita cintakan dahulu, sudah tentulah banyak lidah yang akan mengatakan Allah.Selepasnya adalah rasul.Namun bila hati berbicara lain,siapa yang tahu. Jadi sudah tentulah ramai diantara kita mempunyai pengetahuan luas mengenai pemilik cinta yang pertama. Namun, sejauh manakah kita jelas mengenai cinta terhadapNya.

Dalam sehari, berapa kali kita ingat Allah? kita kata Allah pemilik cinta kita yang utama. Aku ambil yang paling minimum. solat satu waktu 5 min. 5 waktu jadilah 25 minit. aku ambik waktu tidur 5 jam la. tolak makan minum melepas hajat mandi, aku genapkan jadi 35 minit. dan keseluruhan nya adalah 6 jam.. berbaki lagi 18 jam. Agak-agak dalam 18 jam ni ada kita ingat Allah? kalau ada berapa banyak?

Tadi dah cakap pemilik cinta yang hakiki adalah Allah. tapi berapa banyak masa yang diperuntukkan untuk bersama. biasanya kan orang bercinta akan jadi angau, sentiasa terbayangkan wajah kekasih. Sebut nama kekasih pun dah boleh buat pipi merah. haha.




Lau Kaana Bainana


Sudah tentulah pemilik cinta kita yang seterusnya adalah rasul. Tetapi, adakah itu dijawab dengan kefahaman yang tepat?

Cukupkah cinta kita terhadap Rasulullah SAW? kita cakap kita cinta allah. kita solat 5 waktu. beres kerja. tapi, apa yang kita buat untuk membuktikan cinta terhadap rasul?

Selawat? cukup lah kot kalau kira dalam solat. cuba kita kira selepas solat. semoga lidah kita tidak kering menuturkan selawat.

Cukup ke perasaan cinta kita begitu sahaja? Hanya sekadar selawat dalam solat? Rasulullah adalah pemilik cinta kita yang kedua. Pada saat kewafatannya, baginda masih mengingati kita. Namun, aku yakin ramai akan cakap "sakit" pada akhir hayat mereka.


Dan tibalah saatnya kita memberikan cinta kita pada pemilik yang seterusnya. Yang halal buat kita semua. Apabila Baju melayu bertemu baju kurung, hati mula bergetar. Terasa itu perasaan cinta. Adakah itu cinta yang halal? Benar atau tidak bergantung kepada tindakan yang akan di ambil seterusnya.

Betul atau salah bergantung kepada apa yang kita lakukan selepas itu. Jika kita memilih mendekati kepada jalan yang salah, kita menghampiri kepada cinta yang salah. Dan bermulalah proses penghasilan lubuk-lubuk dosa kita. Lubuk dosa yang penuh dengan angan-angan, lubuk dosa yang penuh dengan tangisan merajuk, lubuk dosa yang penuh pembaziran wang ringgit dan waktu, lubuk dosa yang penuh dengan syakwasangka kepada si dia yang mungkin curang, lubuk dosa dengan pergaduhan, lubuk dosa dengan ungkapan sayang yang bersifat luaran, lubuk dosa dengan berbangga dengan gambar-gambar berdua-duaan, yang mendekatkan diri kepada zina mata, zina hati. Dan terlebih bimbang jika pengakhirannya akan membawa penyesalan kepada diri- sendiri.

Tapi jika kita memilih menyalurkannya kepada jalan yang betul, ini akan menjadi sebuah cinta yang halal, cinta yang mampu menjadi lubuk pahala bagi kita. Lubuk pahala yang mampu memberikan ganjaran berlipat-lipat ganda.

Jika sudah bersedia, pilihlah untuk berkahwin. Tetapi bukan dengan cara bercinta sebelum berkahwin dengan lelaki yang tidak halal bagi kita. Ada cara-cara tertentu, antaranya melalui orang tengah yang kita thiqah padanya, atau ibubapa. Kita terjaga, maruah kita terjaga, dan keberkatanNya ada. Kita ingin membina sebuah rumahtangga yang barakah, bercinta hingga ke syurga. Macam mana nak bercinta hingga ke syurga apabila sebuah rumah tangga dimulai dengan perkara-perkara yang tidak diredhai Allah?

Cinta fitrah ini yang berakhir dengan sebuah perjanjian kuat yang indah, menjadi sebuah pelengkap agama. Dan seterusnya, lubuk pahala ini akan terus terisi dengan menjadikan diri sebagai seorang isteri solehah yang terbaik buat si dia yang halal, pemilik cinta kita selepas Allah dan RasulNya.

Bagi yang sedang bercinta dengan seorang lelaki yang belum halal bagimu, jika belum bersedia untuk berkahwin dalam masa yang terdekat, kuatkanlah diri, pilihlah untuk mengakhiri percintaan yang salah. Takut? Percayalah, Allah akan beri kekuatan. Jika benar si dia yang masih belum halal adalah untukmu, Allah akan hadirkan dia kembali buat dirimu. Janji yang Allah tak pernah mungkiri bahawa setiap makhluknya diciptakan berpasang-pasangan. Dan pasti ada pasangan yang tertulis namanya di Lauh Mahfuz untukmu. Dan bila kita meninggalkan sesuatu kerana Allah, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang pasti lebih baik untuk kita. Kita mesti benar-benar percaya kerana Allah adalah pemilik cinta kita yang utama, yang takkan sesekali menipu hambaNya. Keyakinan dan keimanan ini adalah bukti cinta kita kepada pemilik cinta kita yang pertama iaitu Allah.

Cinta ini adalah lubuk pahala. Jika belum bersedia, atau belum mampu, atau belum tiba masanya, tetapi perasaan fitrah itu sudah ada, inilah yang akan menjadi lubuk pahala bagi kita. Bermujahadahlah. Tambahlah istighfar kepadaNya, berpuasalah untuk menjaga sebuah fitrah yang indah ini, dan teruslah berdoa. “Prayer is the best armor against all trials”.

Dan dalam masa menanti seorang yang soleh hadir, kita bukan hanya perlu mencari, tetapi perlulah menjadi. Berusaha menjadi seorang wanita yang solehah, dan cuba memperbaiki kekurangan diri semampu yang mungkin.

Bila baju melayu bertemu baju kurung, biarlah hanya untuk yang halal

Status di Facebook dikatakan sebagai menunjuk diri bagus dan riak

Assalamualaikum

Entri kali ini akan aku cuba untuk memendekkan dan make it simple. Lagipun ini entri yang on the spot akan aku cuba tulis kali ini. Berbalik kepada tajuk entri kali ini, R.I.A.K. satu perkataan yang cukup sinonim dalam kehidupan seharian. Bila sebut sahaja perkataan ini, maka ramai akan terfikir dengan satu lagi perkataan sinonim dengan riak iaitu menunjuk-nunjuk. Yang boleh dikatakan satu kepastian adalah riak ini cukup rapat dengan manusia dan lebih baik kita berjaga-jaga



aku bagi satu contoh yang paling dekat dengan diri aku. Kebelakangan ini memang aku kerap post status kata-kata hikmah. Tetapi biasalah mesti ada ramai yang kata dibelakang. Itu terpulanglah kepada mereka. Itu adalah hak mereka untuk tidak menyukai sesuatu

"Aku tengok kebelakangan ni dia selalu la post status kata-kata hikmah. Nak tunjuk baik sangat ke. kalau nak menunjuk lebih baik bla jer"

memanglah bukan anda yang berkata begitu, namun di dalam dunia ini bukan anda seorang sahaja yang membaca status itu. ada juga insan yang lain yang terlihat dan membaca.



antara perbualan yang mungkin agak senang di dengari

A: Eh, dia tulis macam tu dia bajet dia bagus sangat la.

B: Aku kenal la dia. Dia dulu kawan baik aku dulu dekat sekolah

A: Habis tu, yang dia jadi macam tu apehal?

B: aku tanya kau balik, takkan kau nak tunggu dia jadi perfect baru kau nak terima nasihat dia.
Eh, come on la kawan. Kalau tunggu dia perfect tunggu jadi malaikat la. Manusia mane ade yang sempurna.

A:Dia tulis macam dia tu bagus sangat. Dia pun bukan tahu ape yang orang lain alami.

B:Memang dia tak alami, tapi mungkin dia ade sedikit sebanyak pengalaman yang pernah dilalui.Mungkin niat dia memang untuk berkongsi dengan orang lain.

A: Habis kalau dia nak tengok orang like status dia buat apa? bukan ke tu menunjuk-nunjuk

B: Yang kau nak serkap jarang ni kenapa? Aku tengok kau je yang lebih-lebih. Dia takde apa- apa masalah pun dengan benda tu

A: Ok. Kalau betul memang niat dia tu nak menunjuk baik. Ape kau nak kata?

B: tak jadi satu masalah pun. tegurlah secara baik. Kau pun boleh inbox message.

A: Kalau dia marah aku?

B: Api jangan dilawan dengan api. Kau berdoa sahajalah. Kau dah pernah cuba?

A: Ok, nanti aku try


tamatlah satu dialog rekaan aku sendiri. Itulah salah satu sikap manusia. Kurang senang melihat kejayaan atau kesenangan orang lain.Sentiasa berfikiran negatif terhadap orang lain. Cubalah bersikap husnuzon dan buang fikiran negatif. Setidak-tidaknya, cubalah bersangka baik kerana itulah selemah-lemah ukhuwah. Cubalah terlebih dahulu baru kata.

Berfikir sejenak. Andai kita terus mencari kesilapan orang lain, tapi orang tu relaks. Cool je. takde ape-ape masalah pun. sudah tentu kita akan lebih sakit hati. Dan kita akan terus mencari kesilapan orang lain. dan ingin lebih menyakitkan hati orang tersebut, kita menyebarkan keburukan dia kepada orang lain. Namun dia masih happy dan gembira. Seolah-olah tiada masalah sedikit pun. Tanpa kita sedari, kita akan terus sakit hati. Untung ke tak? Rasanya rugi adalah.

Andai memang benar dia ingin menunjuk dirinya baik dan hebat, sedangkan dia tidak lah sehebat yang digambarkan. maka berdoalah kepada Allah agar dia menjadi lebih baik dan hebat seperti yang digambarkan. Haruslah diingatkan andai kita menasihati orang lain, kita juga akan menasihati diri kita. Secara tidak langsung kita turut akan menjadi seorang yang lebih baik daripada semalam.Sama juga, kalau kita nak pandai dalam menuntut ilmu, ilmu itu haruslah dikongsi bersama rakan-rakan kita.

Andai anda terus mencari kesilapan orang lain, bermakna anda turut lupa tentang kelemahan diri anda. Manusia tidak dicipitakan sempurna. Manusia haruslah saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap orang mampu berubah ke arah menjadi lebih baik. Bersyukurlah andai orang yang ditegur itu menjadi lebih baik, dan teruslah menasihati antara satu sama lain. Bukan mencerca. Sedarlah bahawa kita tidak mampu sedapkan setiap hati orang. Kita cubalah yang terbaik untuk diri kita di samping menyebarkan kebaikan kepada orang lain.

Boleh lakukannya? InsyaAllah semuanya boleh jika kita mahu. aku ambik satu ungkapan Imam Hassan Al Basri. "sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan". Hayatilah ia sedalamnya. Yang paling penting. Utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia. tegurlah andai aku membuat kesilapan

La tahzan. Innallaha ma`ana. Dan janganlah kamu bersikap lemah dan jangan lah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnyajika kamu orang-oorang yang beriman

wassalam

Adli Hakim

Bersyukurlah sekiranya masih ada orang yang masih mahu mengajak kita untuk membuat kebaikan. Itu tandanya mereka peduli dan sayang. Tidak mahu kita terus hanyut

kembali ke alam blogging

assalamualaikum...
rasanya sudah agak lama tidak kembali blogging...
semoga kekuatan hadir ke dalam diri ini untuk terus beristiqamah dalam dunia blogging ini
mungkin sekarang ini aku masih tidak ada idea untuk menulis.. namun ingin aku kongsikan sebuah lagu yang mendorong aku untuk terus kembali ke jalan Allah

lirik nya agak bagus untuk dikongsi bersama

Mereka kata kau akan sayu di daerah itu
Jawab aku selalu bersama Tuhanku
Kupasrah padaNya sehening tiupan salju
KernaNya aku rasa jitu dan mampu melebihi manusia beribu

Daerah ini daerah tenang sekalipun ada yang kata usang
Daerah ini daerah damai sekalipun sukar untuk sampai
Daerah ini daerah merdeka sekalipun ada yang memeranginya
Biarkan saja aku di daerah ini..

Kata mereka daerah mu itu jauh
Jawab ku pada Tuhan aku bersauh kukuh
Yang jauh itu jiwa yang mungkir
Padaku daerah ini amat hampir

Kata mereka daerah kau itu sepi
Jawabku aku tak pernah sunyi dengan alunan murni
Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian
Padaku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan

Daerahku ini daerah berpendirian
Berpaksikan firman Tuhan
Bukan hukum insan bukan gema sorakan bukan riuh tepukan

Daerah ini tak pernah peduli
Apa kata abdi atau pembesar negeri
Daerah ini berpasakkan Nabi
Bagindalah mimpi Bagindalah realiti..

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Sendiri membawa diri & sanubari

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Kerna aku mengerti ia amat suci & abadi

Di daerah ini, biarlah aku..