iman itu bukan hanya pada angan-angan dan cita-cita, bukan pula dengan bicara kata tetapi ia apa yang tersemat dalam jiwa dan dibuktikan pula dengan amalannya (langit ilahi 3 : fanzuru)

Seorang yang tabah

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah lama tak update...maaf....macam ni lah kehidupan apabila bersekolah asrama... alhamdulillah...apabila aku dpt ditawarkan untuk ke MRSM Taiping...nampaknya makin sibuklah kehidupan...macam-macam perkara telah berlaku sepanjang cuti sehingga 17/2 ini... sungguh susah untuk aku istiqamah dalam mengemaskini blog....

Semalam...aku telah membaca blog seorang graduan yang baru sahaja pulang ke Malaysia...kehidupan yang dirasakan panjang dahulu telah menghampiri penghujung.... beliau seorang graduan yang menghidapi penyakit kanser.... begitu tabah beliau menghadapi ujian tersebut tanpa sedikit pun mengeluh...Beliau adalah Mas Afzal

Beliau merupakan seorang yang amat bersemangat dan amat petah berbicara. Apabila berinteraksi, beliau amat berkarisma dan mampu untuk membuatkan orang ramai memberikan perhatian terhadap kata-katanya. Beliau merupakan aset kepada agama dan negara. Namun, Allah jua yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuknya.

Ujian yang diterimanya bukanlah ringan. Barah atau nama yang lebih dikenali, kanser. Mutasi pada cell menyebabkan cell proliferation pathway sukar untuk dikawal. Memang tiada penawar sebenar untuk kanser, sebaliknya, hanyalah rawatan kemoterapi yang mungkin boleh melawan kanser tersebut. Namun, side effect kemoterapi bukanlah calang-calang peritnya. Namun, saudara Mas Afzal tetap teguh melalui rawatan beliau pada tahun akhir beliau di universiti. Beliau tetap mengulangkaji di sebalik keletihan dan kesakitan yang dialami. Hasilnya, beliau berjaya graduate dari University of Sheffield dan bergelar seorang doktor perubatan.

Ketabahan beliau amat aku kagumi. Aku yang serba sihat ini pula, masih mampu untuk membuang masa merata-rata. Amat malu aku dengan saudara Mas Afzal.

Namun, Allah jualah yang menetukan takdir hidup semua manusia ini. Anda boleh baca apa yang terjadi di
blog beliau. Beliau berkeputusan untuk pulang ke Malaysia mungkin mencuba perlbagai rawatan alternatif di negara kita itu.

Kepada bro Mas, moga anda sentiasa dilindungi Allah. Sentiasalah kuat dalam menghadapi ujian ini. Tiada yang mustahil, pasti ada jalannya. Hanya Allah sahaja yang boleh menunjukkan jalan tersebut. Moga bertemu dengan jalan itu.



Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya



rahsia sujud

Persatuan Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA) Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak menunaikan sembahyang maka otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara sempurna.

Jurucakap MICNA Jordan berkata, ini bererti darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika seseorang itu sujud ketika solat.


Di dalam Majalah Buletin Bulanan MICNA, jurucakap persatuan ini membuat kenyataan bahawa;

"Darah akan memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar solat yang telah diwajibkan oleh Islam".

Ini diakui sendiri oleh seorang doktor neurologi di Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban di dalam penyelidikannya itu. Doktor tersebut mendapati dalam kajiannya urat pada saraf manusia memerlukan darah untuk beberapa sukatan tertentu sahaja.

Doktor neurologi tersebut tertarik untuk memeluk Islam semasa membuat kajian saraf yang dilakukan, iaitu terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia tidak dimasuki darah walaupun sepatutnya setiap inci otak manusia memerlukan darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Kini doktor tersebut memeluk Islam dan beliau telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan melalui- Al-Quran". Beliau juga membuat ubat-ubatan berdasarkan kajian melalui Al-Quran dan Hadis Nabawi. Di antara kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black Seed).

Manusia yang tidak bersembahyang apatah lagi yang bukan Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya mereka akan hilang pertimbangan apabila membuat keputusan secara normal.

Justeru itu, tidak hairan ada di antara manusia kadang-kadang tidak segan silu untuk melakukan perkara bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka mengetahui perkara yang akan dilakukan adalah salah.

"Ini kerana otak mereka tidak boleh mempertimbangkannya secara normal"