iman itu bukan hanya pada angan-angan dan cita-cita, bukan pula dengan bicara kata tetapi ia apa yang tersemat dalam jiwa dan dibuktikan pula dengan amalannya (langit ilahi 3 : fanzuru)

Bila baju melayu bertemu baju kurung

assalamualaikum...

apa khabar agaknya pembaca di sana?

C.I.N.T.A merupakan satu fitrah yang wujud dalam diri kita dan aku yakin ramai yang pernah merasai cinta ini. cinta antara sahabat,keluarga, rasul dan barang-barang kepunyaan kita. Jadi, cinta itu cukup indah andai ia diletakkan di tempat yang betul,jika diberikan kepada yang tepat dan cara yang benar mengikut landasan islam

Dalam masyarakat kita, percintaan sering kali dikaitkan dengan rumah tangga yang tidak akan tenteram kerana mereka saling tidak mengenali antara satu sama lain terlebih dahulu. Maka dari sini wujudlah satu percintaan sering diagung-agungkan oleh masyarakat kita iaitu percintaan selepas perkahwinan yang dikatakan akan bahagia hingga ke anak cucu.

Percintaan ini wujud kerana masyarakat kita tersalah tafsir dek kerana terpengaruh dengan lakonan-lakonan di kaca televisyen yang digambarkan cukup indah. Cinta antara lelaki dan perempuan tanpa batasan, dengan ciuman, keluar berdua-duaan, berpegangan ketika berjalan tanpa mengira batas dan tatatertib masyarakat.

Aku yakin kalau aku tanya siapa yang patut kita cintakan dahulu, sudah tentulah banyak lidah yang akan mengatakan Allah.Selepasnya adalah rasul.Namun bila hati berbicara lain,siapa yang tahu. Jadi sudah tentulah ramai diantara kita mempunyai pengetahuan luas mengenai pemilik cinta yang pertama. Namun, sejauh manakah kita jelas mengenai cinta terhadapNya.

Dalam sehari, berapa kali kita ingat Allah? kita kata Allah pemilik cinta kita yang utama. Aku ambil yang paling minimum. solat satu waktu 5 min. 5 waktu jadilah 25 minit. aku ambik waktu tidur 5 jam la. tolak makan minum melepas hajat mandi, aku genapkan jadi 35 minit. dan keseluruhan nya adalah 6 jam.. berbaki lagi 18 jam. Agak-agak dalam 18 jam ni ada kita ingat Allah? kalau ada berapa banyak?

Tadi dah cakap pemilik cinta yang hakiki adalah Allah. tapi berapa banyak masa yang diperuntukkan untuk bersama. biasanya kan orang bercinta akan jadi angau, sentiasa terbayangkan wajah kekasih. Sebut nama kekasih pun dah boleh buat pipi merah. haha.




Lau Kaana Bainana


Sudah tentulah pemilik cinta kita yang seterusnya adalah rasul. Tetapi, adakah itu dijawab dengan kefahaman yang tepat?

Cukupkah cinta kita terhadap Rasulullah SAW? kita cakap kita cinta allah. kita solat 5 waktu. beres kerja. tapi, apa yang kita buat untuk membuktikan cinta terhadap rasul?

Selawat? cukup lah kot kalau kira dalam solat. cuba kita kira selepas solat. semoga lidah kita tidak kering menuturkan selawat.

Cukup ke perasaan cinta kita begitu sahaja? Hanya sekadar selawat dalam solat? Rasulullah adalah pemilik cinta kita yang kedua. Pada saat kewafatannya, baginda masih mengingati kita. Namun, aku yakin ramai akan cakap "sakit" pada akhir hayat mereka.


Dan tibalah saatnya kita memberikan cinta kita pada pemilik yang seterusnya. Yang halal buat kita semua. Apabila Baju melayu bertemu baju kurung, hati mula bergetar. Terasa itu perasaan cinta. Adakah itu cinta yang halal? Benar atau tidak bergantung kepada tindakan yang akan di ambil seterusnya.

Betul atau salah bergantung kepada apa yang kita lakukan selepas itu. Jika kita memilih mendekati kepada jalan yang salah, kita menghampiri kepada cinta yang salah. Dan bermulalah proses penghasilan lubuk-lubuk dosa kita. Lubuk dosa yang penuh dengan angan-angan, lubuk dosa yang penuh dengan tangisan merajuk, lubuk dosa yang penuh pembaziran wang ringgit dan waktu, lubuk dosa yang penuh dengan syakwasangka kepada si dia yang mungkin curang, lubuk dosa dengan pergaduhan, lubuk dosa dengan ungkapan sayang yang bersifat luaran, lubuk dosa dengan berbangga dengan gambar-gambar berdua-duaan, yang mendekatkan diri kepada zina mata, zina hati. Dan terlebih bimbang jika pengakhirannya akan membawa penyesalan kepada diri- sendiri.

Tapi jika kita memilih menyalurkannya kepada jalan yang betul, ini akan menjadi sebuah cinta yang halal, cinta yang mampu menjadi lubuk pahala bagi kita. Lubuk pahala yang mampu memberikan ganjaran berlipat-lipat ganda.

Jika sudah bersedia, pilihlah untuk berkahwin. Tetapi bukan dengan cara bercinta sebelum berkahwin dengan lelaki yang tidak halal bagi kita. Ada cara-cara tertentu, antaranya melalui orang tengah yang kita thiqah padanya, atau ibubapa. Kita terjaga, maruah kita terjaga, dan keberkatanNya ada. Kita ingin membina sebuah rumahtangga yang barakah, bercinta hingga ke syurga. Macam mana nak bercinta hingga ke syurga apabila sebuah rumah tangga dimulai dengan perkara-perkara yang tidak diredhai Allah?

Cinta fitrah ini yang berakhir dengan sebuah perjanjian kuat yang indah, menjadi sebuah pelengkap agama. Dan seterusnya, lubuk pahala ini akan terus terisi dengan menjadikan diri sebagai seorang isteri solehah yang terbaik buat si dia yang halal, pemilik cinta kita selepas Allah dan RasulNya.

Bagi yang sedang bercinta dengan seorang lelaki yang belum halal bagimu, jika belum bersedia untuk berkahwin dalam masa yang terdekat, kuatkanlah diri, pilihlah untuk mengakhiri percintaan yang salah. Takut? Percayalah, Allah akan beri kekuatan. Jika benar si dia yang masih belum halal adalah untukmu, Allah akan hadirkan dia kembali buat dirimu. Janji yang Allah tak pernah mungkiri bahawa setiap makhluknya diciptakan berpasang-pasangan. Dan pasti ada pasangan yang tertulis namanya di Lauh Mahfuz untukmu. Dan bila kita meninggalkan sesuatu kerana Allah, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang pasti lebih baik untuk kita. Kita mesti benar-benar percaya kerana Allah adalah pemilik cinta kita yang utama, yang takkan sesekali menipu hambaNya. Keyakinan dan keimanan ini adalah bukti cinta kita kepada pemilik cinta kita yang pertama iaitu Allah.

Cinta ini adalah lubuk pahala. Jika belum bersedia, atau belum mampu, atau belum tiba masanya, tetapi perasaan fitrah itu sudah ada, inilah yang akan menjadi lubuk pahala bagi kita. Bermujahadahlah. Tambahlah istighfar kepadaNya, berpuasalah untuk menjaga sebuah fitrah yang indah ini, dan teruslah berdoa. “Prayer is the best armor against all trials”.

Dan dalam masa menanti seorang yang soleh hadir, kita bukan hanya perlu mencari, tetapi perlulah menjadi. Berusaha menjadi seorang wanita yang solehah, dan cuba memperbaiki kekurangan diri semampu yang mungkin.

Bila baju melayu bertemu baju kurung, biarlah hanya untuk yang halal

Status di Facebook dikatakan sebagai menunjuk diri bagus dan riak

Assalamualaikum

Entri kali ini akan aku cuba untuk memendekkan dan make it simple. Lagipun ini entri yang on the spot akan aku cuba tulis kali ini. Berbalik kepada tajuk entri kali ini, R.I.A.K. satu perkataan yang cukup sinonim dalam kehidupan seharian. Bila sebut sahaja perkataan ini, maka ramai akan terfikir dengan satu lagi perkataan sinonim dengan riak iaitu menunjuk-nunjuk. Yang boleh dikatakan satu kepastian adalah riak ini cukup rapat dengan manusia dan lebih baik kita berjaga-jaga



aku bagi satu contoh yang paling dekat dengan diri aku. Kebelakangan ini memang aku kerap post status kata-kata hikmah. Tetapi biasalah mesti ada ramai yang kata dibelakang. Itu terpulanglah kepada mereka. Itu adalah hak mereka untuk tidak menyukai sesuatu

"Aku tengok kebelakangan ni dia selalu la post status kata-kata hikmah. Nak tunjuk baik sangat ke. kalau nak menunjuk lebih baik bla jer"

memanglah bukan anda yang berkata begitu, namun di dalam dunia ini bukan anda seorang sahaja yang membaca status itu. ada juga insan yang lain yang terlihat dan membaca.



antara perbualan yang mungkin agak senang di dengari

A: Eh, dia tulis macam tu dia bajet dia bagus sangat la.

B: Aku kenal la dia. Dia dulu kawan baik aku dulu dekat sekolah

A: Habis tu, yang dia jadi macam tu apehal?

B: aku tanya kau balik, takkan kau nak tunggu dia jadi perfect baru kau nak terima nasihat dia.
Eh, come on la kawan. Kalau tunggu dia perfect tunggu jadi malaikat la. Manusia mane ade yang sempurna.

A:Dia tulis macam dia tu bagus sangat. Dia pun bukan tahu ape yang orang lain alami.

B:Memang dia tak alami, tapi mungkin dia ade sedikit sebanyak pengalaman yang pernah dilalui.Mungkin niat dia memang untuk berkongsi dengan orang lain.

A: Habis kalau dia nak tengok orang like status dia buat apa? bukan ke tu menunjuk-nunjuk

B: Yang kau nak serkap jarang ni kenapa? Aku tengok kau je yang lebih-lebih. Dia takde apa- apa masalah pun dengan benda tu

A: Ok. Kalau betul memang niat dia tu nak menunjuk baik. Ape kau nak kata?

B: tak jadi satu masalah pun. tegurlah secara baik. Kau pun boleh inbox message.

A: Kalau dia marah aku?

B: Api jangan dilawan dengan api. Kau berdoa sahajalah. Kau dah pernah cuba?

A: Ok, nanti aku try


tamatlah satu dialog rekaan aku sendiri. Itulah salah satu sikap manusia. Kurang senang melihat kejayaan atau kesenangan orang lain.Sentiasa berfikiran negatif terhadap orang lain. Cubalah bersikap husnuzon dan buang fikiran negatif. Setidak-tidaknya, cubalah bersangka baik kerana itulah selemah-lemah ukhuwah. Cubalah terlebih dahulu baru kata.

Berfikir sejenak. Andai kita terus mencari kesilapan orang lain, tapi orang tu relaks. Cool je. takde ape-ape masalah pun. sudah tentu kita akan lebih sakit hati. Dan kita akan terus mencari kesilapan orang lain. dan ingin lebih menyakitkan hati orang tersebut, kita menyebarkan keburukan dia kepada orang lain. Namun dia masih happy dan gembira. Seolah-olah tiada masalah sedikit pun. Tanpa kita sedari, kita akan terus sakit hati. Untung ke tak? Rasanya rugi adalah.

Andai memang benar dia ingin menunjuk dirinya baik dan hebat, sedangkan dia tidak lah sehebat yang digambarkan. maka berdoalah kepada Allah agar dia menjadi lebih baik dan hebat seperti yang digambarkan. Haruslah diingatkan andai kita menasihati orang lain, kita juga akan menasihati diri kita. Secara tidak langsung kita turut akan menjadi seorang yang lebih baik daripada semalam.Sama juga, kalau kita nak pandai dalam menuntut ilmu, ilmu itu haruslah dikongsi bersama rakan-rakan kita.

Andai anda terus mencari kesilapan orang lain, bermakna anda turut lupa tentang kelemahan diri anda. Manusia tidak dicipitakan sempurna. Manusia haruslah saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap orang mampu berubah ke arah menjadi lebih baik. Bersyukurlah andai orang yang ditegur itu menjadi lebih baik, dan teruslah menasihati antara satu sama lain. Bukan mencerca. Sedarlah bahawa kita tidak mampu sedapkan setiap hati orang. Kita cubalah yang terbaik untuk diri kita di samping menyebarkan kebaikan kepada orang lain.

Boleh lakukannya? InsyaAllah semuanya boleh jika kita mahu. aku ambik satu ungkapan Imam Hassan Al Basri. "sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan". Hayatilah ia sedalamnya. Yang paling penting. Utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia. tegurlah andai aku membuat kesilapan

La tahzan. Innallaha ma`ana. Dan janganlah kamu bersikap lemah dan jangan lah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnyajika kamu orang-oorang yang beriman

wassalam

Adli Hakim

Bersyukurlah sekiranya masih ada orang yang masih mahu mengajak kita untuk membuat kebaikan. Itu tandanya mereka peduli dan sayang. Tidak mahu kita terus hanyut

kembali ke alam blogging

assalamualaikum...
rasanya sudah agak lama tidak kembali blogging...
semoga kekuatan hadir ke dalam diri ini untuk terus beristiqamah dalam dunia blogging ini
mungkin sekarang ini aku masih tidak ada idea untuk menulis.. namun ingin aku kongsikan sebuah lagu yang mendorong aku untuk terus kembali ke jalan Allah

lirik nya agak bagus untuk dikongsi bersama

Mereka kata kau akan sayu di daerah itu
Jawab aku selalu bersama Tuhanku
Kupasrah padaNya sehening tiupan salju
KernaNya aku rasa jitu dan mampu melebihi manusia beribu

Daerah ini daerah tenang sekalipun ada yang kata usang
Daerah ini daerah damai sekalipun sukar untuk sampai
Daerah ini daerah merdeka sekalipun ada yang memeranginya
Biarkan saja aku di daerah ini..

Kata mereka daerah mu itu jauh
Jawab ku pada Tuhan aku bersauh kukuh
Yang jauh itu jiwa yang mungkir
Padaku daerah ini amat hampir

Kata mereka daerah kau itu sepi
Jawabku aku tak pernah sunyi dengan alunan murni
Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian
Padaku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan

Daerahku ini daerah berpendirian
Berpaksikan firman Tuhan
Bukan hukum insan bukan gema sorakan bukan riuh tepukan

Daerah ini tak pernah peduli
Apa kata abdi atau pembesar negeri
Daerah ini berpasakkan Nabi
Bagindalah mimpi Bagindalah realiti..

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Sendiri membawa diri & sanubari

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Kerna aku mengerti ia amat suci & abadi

Di daerah ini, biarlah aku..


Cerpen: Andai itulah TakdirNya



Melihat air yang mengalir di sungai ini menambahkan lagi kesyahduan hatiku.
air yang menderu, mengalir dengan tenang
seumpama menemani hati ku di kala aku bersedih.
Aku akan terus menantimu sahabat.
Cita-cita mu akan ku tunaikan

Termenung. Bosan. Melihat manusia bertali arus melalui dihadapannya.Rasa sedikit menyesal kerana hari ini tergopoh-gopoh turun ke dewan selera. Rupa-rupanya hari ini dewan selera akan dibuka lambat sedikit berikutan dengan minggu peperiksaan.Kalau dia tahu keadaan sebegini berlaku, lebih baik dia duduk di musolla, boleh la luangkan masa untuk beribadat sedikit.

Aku memang tidak mempunyai kawan rapat di sekolah ini. Aku digelar kera sumbang kerana aku kurang berkawan. Sepanjang aku berumur 15 tahun, aku hanya mempunyai seorang sahabat yang boleh dikatakan rapat namun dia telah menghancurkan kepercayaan aku kepada insan-insan yang bergelar sahabat.

"ada orang duduk tak?"

gegendang telingaku menangkap kata-kata tersebut. Menyebabkan aku segera berpaling ke sebelah aku. Seorang senior pelajar tingkatan 4 merangkap senior kelas aku.Yang aku dengar dia ni seorang yang cukup baik.

"duduklah.tiada orang pun duduk di sini. Takut barangkali dengan ana"

"memang tiada kawan kah?"

"erm" jawab aku acuh tak acuh

"Oh, biasalah tu. Lama-lama ada la sahabat tu"

Aku tenungnya seolah-olah singa hendak menerkam buruannya. Dia berbicara seolah-olah dia telah mengenali aku selama 10 tahun.

"enta cakap macam enta kenal sahaja ana"

"masakan ana tidak kenal enta. Enta dah duduk di sini 3 tahun. Duduk satu dorm dengan ana pulak. Lagipun, siapa tak kenal adik Khir Johari. Mantan presiden Badan Wakil Pelajar"

Ah, hanya itu sahaja yang mereka kenal. Adik kepada mantan presiden BWP. Aku dihantar ke sini pun atas alasan senang untuk abang aku menjaga aku.

"nama ana Umair"katanya sambil dengan mukanya yang tersenyum.

"nama enta siapa? ana hanya tahu yang enta ni adik Khir. Aku agak rapat dengan Khir"

"muhammad Hafiszi" jawab aku perlahan

Umair kekal tersenyum. Senyumannya sudah cukup untuk menghancurkan tanggapan negatif yang selama ini bersarang di kepala aku

"jom makan. Dah bukak dah tu." sambil menghulurkan tangannya untuk menarik Hafiszi

******

Masa pantas berlalu. sedar tidak sedar, perhubungan persahabatan mereka semakin rapat. Mereka sering digelar adik beradik. Tatkala Khir mendengar berita ini, dia hanya tersenyum dan berkata yang Hafiszi mempunyai seorang abang yang baru. Tambahan pula kemana Umair pergi mesti ada Hafiszi.Mereka turut merancang program kerohanian bersama.

Nyata setahun berlalu begitu sahaja dan setahun itulah diisi dengan banyak perkara yang indah. Hafiszi ternyata cukup bersyukur dengan kehadiran Umair. Sikapnya yang negatif banyak sekali berubah. Dan ternyata, kini dia mempunyai ramai sahabat.Namun, dia tidak pernah sesekali melupakan Umair.

Ahli dorm mereka kini bagaikan sebuah keluarga yang cukup rapat atas hasil usrah dan tarbiyah yang dijalankan oleh Hafiszi dan Umair.

"fizi"tegur Umair yang sedang melihatnya termenung atas katil selepas solat subuh. Ternyata panggilannya tidak dijawa

Umair tidak mahu menganggu adiknya itu. Tanpa membuang masa, dia terus ke tandas untuk membasuh baju dan kemudiannya mengemas bilik tanpa bantuan yang lain.Mungkin Hafiszi sedang dibelenggu masalah.

Jam sudah menunjukkan pukul 8 dan tiba masa untuk mereka melakukan usrah. Umair yang sudah melakukan kerja-kerja memanggil Faiz dan Luqman untuk melakukan usrah.

Apabila mereka sudah duduk bersila dilantai dan lutut mereka bertemu lutut, tiada siapa yang bersuara. Mereka masih lagi tidak bersuara. Hanya melihat Hafiszi yang masih termenung.

"Kenapa dengan adik enta tu?"

"entah"

"angau kot"

mendengar perkataan angau menyebabkan leher Hafiszi automatik berpaling kearah mereka
dengan gelabah.

"kenapa?Apa yang berlaku?"

"itulah orang tengah fikirkan bidadari. Gempa bumi pun rasanya tak perasan"

"apa la yang enta termenungkan lepas subuh ni?"

"bidadari dikayangan la tu"

Luqman dan Faiz tergelak. Muka Hafiszi menjadi merah kerana diusik oleh Umair.

Mereka berempat duduk di tengah-tengah bilik untuk melakukan usrah seperti biasa yang dilakukan tiap-tiap minggu. Adakalanya mereka berkongsi masalah.

"Salahkan ana jatuh cinta?"soal Hafiszi

Semua terdiam. Tidak sangka yang Hafiszi akan berkata begitu. Sewaktu itu masa seolah-olah berhenti berputar.

"la. Kenapa pulak jadi tunggul kayu ni? Salahkan soalan ana tadi"

Umair tersenyum.Nyata sangkaannya benar.

"woaah. Hebat la Umair teka tadi"

"Apabila hati disatukan atas keimanan, kita saling tak tumpah macam adik beradik. Cubit peha kiri, peha kanan turut terasa sakitnya" balas Umair dalam keadaan berseloroh.

"enta jatuh hati dengan siapa?"

"entah"

"haa...ni mesti dengan Fatimah.."

"mungkin"

"La...Apesal pulak mungkin? Kalau mungkin baik tak payah termenung panjang"

Hafiszi menjatuhkan pandangannya ke lantai. Malu. Mukanya merah.

"Ni kenapa pulak antum tengok ana? Segan la"

Pandangan mereka tiba-tiba beralih kepada Umair.

"La, ni apa kes pulak pandang ana?"

"Cepat la bagi tazkirah dekat adik enta ni.Kesian dia"

Umair hanya tersengih. Dia faham apa yang dilalui oleh Hafiszi

"mukadimahnya,cinta itu mesti diiringi dengan pengorbanan. Tanpa pengorbanan, bukanlah cinta namanya"

Semua terdiam. Begitu teruja mendengar mukadimah tersebut. Umair memandang kearah sahabat-sahabatnya itu

"kita bersambung dalam episode yang akan datang. Tutup majlis kita dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr"

"Ha?Tu je?"

"La, Ana dah janji dengan adik ana sorang ni nak pergi study sekali. Lagipun dah pukul 9.30 pagi dah ni. Uhibbukafillah Hafiszi"

"amboi. Hafiszi sorang je ke? balas Faiz sambil tersenyum.

Hafiszi menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tersengih apabila teringat kata-kata Umair itu.

*************

"tengah buat apa?" soal Hafiszi

"ni ha... Ana tengah isi borang sambung belajar ke Mesir"

Ya. Hafiszi terlupa yang Umair SPM tahun ni

"Tahun depan ana dah takda. Enta ok ke?"

"hehe. Ingat ana budak darjah satu ke perlu dijaga dan dibelai"

"ye lah. kesian enta. kali pertama berpisah macam ni" balas Umair sambil membelai kepala adiknya itu.

Entah mengapa. Hafiszi selesa kepalanya dibelai sebegitu. Seolah-olah Umair itu adalah abang kandungnya.

"Enta macam tak pernah berpisah dengan ana pulak. Bukan ke selalu kita berpisah waktu cuti semester" balasnya kembali sambil menjelir lidah kepada Umair. Umair tersenyum.

"ana ada hadiah buat enta. Tapi bukan ana yang hadiahkan. Fatimah. Orang yang enta cintai"

"ha??" Hafiszi tergamam tanpa berkata apa

"Enta, ana nak pesan perkara yang sama yang disampaikan oleh Fatimah. Ana tahu enta pernah tulis surat kepada Fatimah. Hafiszi, ana anggap enta macam adik ana sendiri. Andai enta tercampak kedalam lubang neraka, ana akan sama-sama terjun untuk tarik enta.


Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik; mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia.
[QS an-Nuur, 24:26]

Andai enta betul-betul cinta, ingatlah yang menciptakan enta. Dia lah yang selayaknya"

Hafiszi tersedu. Air matanya mengalir membasahi pipi. Perlahan-lahan Umair mendakapnya. Dia tahu Hafiszi tidak kuat untuk menempuhi cabaran dan dugaan ini.

"Ana tak dapat bayangkan hidup ana tanpa enta" balas Hafiszi dalam keadaan tersedu-sedu

"Hidup dan mati di tangan Allah. Daripadanya kita hidup. Kepadanya kita kembali"

Suasana menjadi sunyi. Hanya kedengaran bunyi air yang berderu mengucap tahmid kepada Allah. Angin yang membelai pipi mereka menderu mengalun tasbih kepada Sang Khaliq dan kicauan unggas melafaskan takbir.Malam itu menjadi saksi betapa Umair menyayangi Hafiszi.

"Hafiszi. Ana uhibbukafillah."

Air mata Hafiszi semakin lebat membasahi pipinya. Dia begitu mengerti dengan kata-kata tersebut.

Pesanan tersebut cukup bermakna dan mengukuhkan lagi tali-tali keimanan mereka.

Tiba-tiba, dakapan Hafiszi menjadi berat. Debar!

"Umair"

Panggilan Hafiszi tidak dijawab.Hafiszi terduduk, memangku Umair.Dia membiarkan Umair membaring diatas pehanya. Dia sempat senyum kepadaku sebagai tanda tidak risau. Kemudian matanya perlahan-lahan tertutup.

*******

Hancur Hafiszi melihat derita yang ditanggung oleh Umair. Sepanjang waktu Hafiszi menemani Umair. Dia hanya meninggalkan Umair ketika dia solat sahaja. Dia tidak lapar. Yang diperlukan hanyalah sentuhan Umair yang dianggapnya macam abang kandungnya sendiri.

Pucat. itulah yang boleh digambarkan keadaan Umair. Hafiszi bertahajjud setiap malam agar diberi kesihatan kepada Umair.

Setelah seminggu berlalu, Umair mula sedar. Namun dia tidak mampu berkata apa-apa lagi. Apa yang dilakukan hanyalah senyum sahaja. Dia mahu menenangkan jiwa Hafiszi.Senyuman itu juga menandakan dia kuat untuk menghadapi ujian ini.

Keadaan Umair beransur pulih.

"hafiszi"

Hafiszi yang ketika itu sedang tidur diusap kepalanya.

"Uhibbukafillah Hafiszi"

sayu suara Umair memecah gegendang telinga Hafiszi.Dia terjaga dari tidurnya melihat Umair. Tiba-tiba airmatanya mengalir. begitu juga Umair. Tersenyum walaupun airmatanya mengalir.
Hafiszi peluk seerat-eratnya Umair.

"Ana Uhibbukafillah, abang"

Umair membalas pelukan Hafiszi semakin erat.

"Itu kali pertama ana dengar enta panggil ana abang dan balas ayat tersebut, sudah setahun ana tunggu dan akhirnya..."

Tangisan mereka makin kuat.

"Ana ada satu permintaan"

"apa dia"

"tolong bawakan ana ke tepi sungai tu"

Jarinya menunjukkan kearah satu tempat di sekitar hospital.

**************

Kicauan unggas mengisi kesunyian alam. Angin yang bertiup lembut membelai ubun kepala mereka. Bunyi air yang menderu diiringi dengan bacaan al-quran Hafiszi. Kini dia yakin bahawa Umairlah yang dicintainya. Bukan Fatimah.

"abang tahu, Selepas cinta kepada Allah,rasul, arwah ayah dan ibu ana, abanglah insan yang paling ana cintai." kata Hafiszi

"Kalaulah satu hari nanti, satu dunia tinggalkan enta, sampai nanti mungkin isteri dan anak-anakpun tinggalkan enta, enta agak siapa yang akan berada di sisi enta pada waktu itu?" soal Umair

Ketika itu hanya kedengaran kicauan unggas sahaja yang berbunyi

"ana" sambil menepuk dada.

"ana lah yang akan berada di sisi enta pada waktu itu dan kerana enta jualah ana cintai sepenuh hati" balas Umair dalam keadaan teresak-esak.

Perlahan-lahan Hafiszi memeluk erat. Pada ketika itu,Hafiszi terharu dengan kata-katanya.

"Uhibbukafillah Hafiszi.Balaslah buat kali terakhir."Pintanya. Sayu sekali

"ana Uhibbukafillah"

tiba-tiba Umair rebah. Darah mula mengalir dari hidung.Dia tersengih. Dahinya berkerut menahan perit.Wajahnya mula pucat. Bibirnya terketar-ketar.

"Allah SWT berfirman:Boleh jadi benda yang kamu tidak suka itu baik untuk kamu, dan boleh jadi juga benda yang kamu suka itu buruk bagi kamu. Allah itu maha mengetahui, dan kamu tidak mengetahui apa-apa"

Hafiszi membisu sambil menahan sebak.

"bisikkan kalimah syahadah ditelinga ana"

Terkejut Hafiszi dengan permintaannya itu.Perlahan-lahan didekatinya ketelinga Umair

"terima kasih kerana sudi singgah dalam hidup ana. Yang ana cintai kerana Allah" Menitis air mata Hafiszi.

"terima kasih buat adik jua"

"Asyhadu anla ilaha illallah waasyhadu anna Muhammadar-rasulullah"

Suasana menjadi sepi. Hafiszi kembali berdiri. Hujan mula membasahi kedua-dua insan itu. Alam seolah-olah menangis dengan kejadian itu. Petir menyambar seolah-olah menyambut pemergian Umair. Dan hembus nafasnya terakhir meninggalkan Hafiszi. Dia terduduk. Seolah-olah mendengar bisikan Umair

"Allah sentiasa bersamaku,Allah jua di sisi enta Hafiszi. Pasrahlah"

ana uhibbukafillah
buat abang angkat yang tersayang
ibnu zakaria
0411
08/07/11


Andai yang mati itu adalah kita



Pernah dengar berita kematian?

Pada kebiasaannya, apabila kita mendengar berita mengenai kematian, kita akan mengucapkan Innalillah waninailahi raji'un. Ada juga akan membaca al-fatihah untuk bersedekah. Andai yang mati itu adalah keluara kita, maka akan bertambah lagilah kesedihan itu.

Memang kematian itu adalah fitrah. Setiap yang bernyawa pasti akan mati jua. Maka bersedihlah dengan seadanya, selagi kesedihan kita itu berada dalam lingkungan keredhaan Allah SWT.

Andai, ada yang terdengar berita kematian itu, pernahkah mereka terfikir "kalaulah aku yang mati itu, apa pula nasib aku?"

Apa perasaan anda, kalau berita kematian itu bukan berita kematian orang lain, namun berita kematian tersebut adalah anda?

Nabi muhammad SAW pernah bersabda, seseorang yang meninggal diikuti (dihantar) oleh tiga hal. Maka dua hal pulang dan tinggallah satu.Dia dihantar keluarganya, hartanya, dan amalnya. Maka keluarga dan hartanya pulang dan tinggallah amalnya (hadis riwayat Bukhari)

Mati bukanlah satu pengakhiran bagi segala-galanya. Selepas kematian menjemput, kita akan menuju ke alam barzakh. Di sana kita akan disoal oleh Munkar dan Nankir. Hanya amal yang menemani kita. Baik atau buruk keadaan kita disana bergantung kepada amal kita. Kemudian, dibangkitkan semula pada Hari perhitungan dan dihisab pula amalan kita untuk menentukan syurga dan neraka.


Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia)"Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
(al-mukminun 23 : 99-100)

Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh); dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): "Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!" (al-ghafir 40:46)

Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak. (asy-syuura 42:20)

Sudah jelas bahawa kematian merupakan pintu yang akan membawa kita alam yang lain. Bermula daripada Alam Barzakh kita sudah tahu bagaimana kita diakhirat kelak. Segala-galanya memerlukan amal yang cukup untuk menemani perjalanan kita sebagai seorang hamba selepas melangkah dari pintu kematian. Ketika itulah manusia beru tersedar akan kesilapan mereka kerana membazirkan sewaktu hayat mereka untuk beramal

Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): " Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!", (yasin 36:48)

Diceritakan di dalam al-quran terdapat golongan yang merayu-rayu meminta pertolongan dan bantuan Allah SWT supaya dikemalikan mereka ke dunia untuk mereka mempersiapkan diri mereka. Namun, semua itu hanyalah sia-sia

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".

Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)" (as-sajadah 23: 12-13)

Pernahkan kita terfikir akan perkara seperti ini." kalau waktu itu aku yang mati tapi bukan dia, macam mana agaknya?"

Sudah tentu akan ada satu rasa perasaan takut yang menusuk jiwa kita apabila yang mati itu adalah kita. Adakah kita sudah bersedia untuk nyawa kita ditarik oleh Allah SWT? Di saat kita mati, tertutuplah pintu amal, terkuncilah pintu taubat

"Oleh itu, pada hari ini tidak diterima penebus diri dari kamu, dan tidak juga dari orang-orang kafir. Tempat tinggal kamu ialah neraka, nerakalah sahaja penolong kamu, dan itulah seburuk-buruk tempat kesudahan kamu!" (al-hadid 57: 15)

Tiadalah mati itu datang dengan amaran. Mati itu datang secara tiba. Andai kita mati dan pengakhiran kita adalah Husnul Khatimah, maka beruntunglah kita. Andai pengakhiran kita adalah Su'ul Khatimah, maka tergolonglah kita dalam golongan yang bakal ditimpa azab diakhirat kelak

Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Ia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan. (an-nahl 16 : 61)

Maka bersyukurlah dengan setiap saat kehidupan kita di muka bumi ini.

Bersyukurlah kita masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas.

Maka, dengan nikmat yang masih ada ini, apakah yang akan anda lakukan?

Apakah anda masih lagi mempunyai masa untuk disia-siakan?


Dalam pentarbiyahan diri
adli hakim
2044

Cerpen: Cinta Sang Khaliq


Stress. Terlampau banyak tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Ditambah pula masalah peribadinya. Buku yang dipegang ditangan dilemparkan tatkala jiwa terlampau serabut. Saat itu dia berasakan tanggungjawab nya terhadap ikhwah-ikhwah semakin berat dipikul dek kerana ahli usrahnya semakin ramai. Dengan perlahan-lahan dia kembali beristighfar untuk mencari ketenangan jiwa.matanya dipejam rapat.

"assalamualaikum.... baru habis kelas ye"

satu suara membelah kesunyian,menyebabkan matanya kembali terbuka. Teman sebiliknya yang setia bersamanya sudah hampir 3 tahun.

Bibirnya cuba mengukir senyuman. Menceriakan hati seorang sahabat yang dianggap sebagai seorang abang dan juga merangkap sebagai naqib kepadanya.

"wa'alaikummussalam.. haah... berlambak la tugasan hari ini. Kejap lagi ade usrah antara naqib kepada junior-junior pulak"

teman sebiliknya itu tersenyum lebar. Menggeleng. Kemudian dia merapati sahabatnya itu.

"hehe....kesian nye.... ana pun terlibat jugak petang ni lepas asar... bukan enta sahaja..."

Dia tersenyum dan ketawa kecil. Sahabatnya yang tertekan itu dipicit bahunya bagi menghilangkan stress. Itulah yang dipelajari oleh arwah ibunya. "dah la...kalau stress sangat tak payah pergi la"

"ana tahu. tapi inilah yang ana tunggu. Usrah bersama-sama naqib. Dah la sahabat ana sorang ni yang jadi naqib nanti"

sahabatnya berjalan menuju ke laptop di atas meja. Dengan pantas jarinya menekan file surah al-baqarah. Dan teman sebiliknya itu tenggelam dalam bacaan imam Ziyad Patel

“Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangna harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “inna lillahi wa inna ilaihi roji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali) (QS al-baqarah 2: 155-156)



dan jarinya segera menekan butang stop. Dia memandang kembali sahabatnya di katil. Sahabatnya itu mengalirkan air mata. Tergamam dengan kalam Allah.

Dia menghampiri sahabatnya itu. Mata mereka bertemu. Lantas perlahan-lahan sahabatnya itu memeluknya. Terharu kerana mempunyai seorang sahabat yang setia.

"Enta tak payah la pergi petang ni. Duduk la kat bilik tenangkan diri dulu dan selesaikan masalah enta. Ana tahu masalah enta"

Dia mengangguk tanda akur

"Syukran Amar kerana memahami"

"Eh...tak ada ape-ape lah Fathi..."

*************

Sirah hidupnya bukanlah seorang yang mempunyai hubungan baik dengan Allah. Hanya mewarisi Islam sejak lahir. Namun fikrah ayah nya itu tidak diwarisi sepenuhnya. Malah dia sering menentang ayah nya kerana menjadikan Islam sebagai cara hidup. Dia menganggap itu semua hanyalah kolot. Baginya, agama adalah hanya untuk orang yang lemah dan miskin. Kehidupannya yang serba lengkap membuatkan dia terlupa kepada Yang Esa.

Dugaan silih berganti menunjukkan tanda Allah masih sayang kepadanya. Dia tersungkur dilembah kehinaan sewaktu zaman jahiliyahnya. Mujurlah Allah menghantar seorang sahabat untuk menariknya dari lembah kehinaan itu.

Akhirnya dia menemui ketenangan jiwa. menemui deen Allah. Juga menemui jiwa yang sentiasa bertawaduk kepada Allah.

masih lagi terngiang nasihat arwah ibunya itu dikepalanya.

"Amar, ingatlah bahawa hati ini perlu sentiasa dijaga daripada karat-karat dosa yang dipanggil sebagai Ran. Dan Ran inilah yang lama-kelamaan akan menggelapkan seluruh hati kita.
Bila hati gelap, lama kelamaan iman pun akan hilang"

"Ah! sibuk la Ummi ni. Tahulah Fathi nak jaga diri Fathi! Dah la, makin lama duduk kat rumah ni, makin panas pulak. Dah la. Fathi nak keluar."

"Ummi tak habis cakap ni. Duduk dulu Fathi"

Dia cuba menarik anak tunggalnya itu duduk kembali. Masih lagi tidak jemu menegur sikap anaknya itu untuk kembali kepada fitrah yang asal. Fitrah seperti mana sewaktu dilahirkan. seumpama sehelai kain putih yang suci daripada titik-titik noda.

"AH! JANGAN HALANG FATHI NAK KELUAR!" tinggi suaranya menentang ibunya.

Tanpa disedari, dia telah menolak ibunya sehingga kepala ibunya terhantuk kepada kerusi. Berlumuran darah menyimbahi lantai.

"ish, ni apesal pulak muram jer ni?" tubuhnya ditepuk. Dia terkejut sekaligus membawanya kembali ke alam nyata.Memandang tiga orang sahabatnya itu.

Dia tunduk cuba untuk menyembunyikan keresahan dalam senyumannya yang mampu memikat kaum hawa. "Antum semua tahu kan keadaan ana sekarang ini. Pinangan ana ditolak oleh seorang yang amat ana dambakan sebagai seorang isteri"

"ana tahu. Tak kan lah ana tak pernah ambil tahu pasal ikhwan ana seorang ini" jawab Irfan

"Fathi... yakinlah bahawa setiap ujian itu pasti ada hikmahnya. Ana yakin Allah telah tetapkan yang terbaik buat enta..." sampuk Zakwan

"Ana masyghul. Antara Syakirah atau Khaira Ameerah"

"Enta pernah istikahrah?"

"emm..." angguknya perlahan

"dan jawapannya?"

"Khaira Ameerah.."

"terimalah seadanya. Andai itulah yang ditetapkan oleh Allah."

"tapi antum tahu yang ana tak cintakan dia. Ana mendambakan Syakirah sebagai isteri ana"

"Fathi.... Kahwin dulu baru cinta"

“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman. Agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”
[QS an-Nuur, 24:30]

Dia terkelu. Mungkin inilah yang dikatakan qada dan qadar.

"Nah...Guna phone ana... call la Ustaz Bahrom untuk memberi tahu keputusan enta"

Tangan nya terketar-ketar untuk mendail nombor.

"Assalamualaikum Ustaz... Ana terima..."

*********************

Majlis perkahwinan mereka dijalankan secara sederhana. Ayah Fathi datang bersama keluarga Khaira Ameerah. Saudara mereka ramai tidak hadir. Kerana bagi mereka Fathi seolah-olah mencampakkan dirinya ke dalam kebinasaan. Perkahwinan yang tidak dianggap sama taraf kerana Khaira Ameerah bukanlah berasal daripada keluarga berada.

Memilih pasangan hidup bukanlah sesuatu yang mudah

Hanya yang berani sahaja sanggup melepaskan apa yang diharapkan dan memilih untuk memberi sepenuh kepercayaan mereka kepada Yang Khaliq.

Namun, kepercayaan Fathi seolah-olah dibalas.

"Awak tahu kan yang ini bukan jalan yang saya pilih. Tapi jalan yang telah ditetapkan oleh Allah."

" saya yang patut minta maaf kepada abang. Lamaran saya seolah-olah telah menghancurkan harapan abang." Khaira mendekatkan dahinya kepada dada Fathi.

Sejak simpulan mereka diikat, mereka lebih banyak melakukan program bersama-sama untuk mendekatkan diri kepada Allah. Melakukan qiamullai bersama. Puasa sunat pada hari khamis dan isnin tidak dilupakan. Dan pada sebelah malam, mereka sering membaca al-quran bersama-sama sebelum tidur

"abang...saya nak cakap sikit dengan abang boleh?"

"eh, sejak bila nak cakap dengan abang pun kene tanya"

"abang... saya mengandung 3 bulan..."

tergamam dengan berita yang disampaikan.

Hari menanti hari. Saat yang dinantikan akan tiba. Dia yang dahulunya tidak yakin dan serba salah kini tenang meniti hari bersama Khaira.

"Nama anak dalam kandungan ni kita namakan Mujahid Syakir. Pejuang yang sentiasa bersyukur. Saya bersyukur kerana abang menerima saya" senyumnya pada Fathi

"abang pun nak ucap terima kasih. Sejak Khaira jadi isteri abang, abang berasa bahagia. Khaira selalu bimbing abang."

"Abang, kita sama-sama saling melengkapi. Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan yang kamu dustakan. Surah Ar-rahman. Abang tak ingat ke?"

Dia tersenyum. Kerana begitu bersyukur Allah menghantar Khaira kepadanya.

****************

"Kring!!" Telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama ayahnya di skrin.

"Fathi! datang hospital sekarang. Khaira dah nak bersalin"

Dengan segera panggilan diputuskan. Dia memandu laju meluncur melalui lebuhraya untuk ke hospital. Dalam fikirannya hanya ada Khaira dan Mujahid Syakir.

"Ayah! macam mana Khaira?"

"Sabar Fathi. Mujahid selamat. Namun Allah lebih menyayangi Khaira. Pergilah masuk. Khaira nak jumpa Fathi"

Lemah longlai mendengar perkhabaran itu.Perlahan-lahan dia masuk ke dalam bilik. Kelihatan disisi Khaira bersama seorang doktor dan Mujahid.

"Abang... Saya bersyukur kerana diberi peluang... untuk menjadi isteri abang.. Terima kasih..."

Dia tidak mampu berkata apa-apa. Air mata membasahi pipinya yang kering itu.

"Anak Ummi, jadilah saham Ummi diakhirat. Mujahid.. seorang pejuang... Semoga Mujahid menjadi seorang daie yang baik" tangannya terketar-ketar mengenggam jari Fathi.

"saya sayang awak Khaira...takkan ada pengganti yang mampu menggantikan awak"

Akhirnya lafaz syahadah meniti bibir Khaira dan wajah nya seperti seorang pemenang. Berdiri di sisinya Fathi dan Mujahid yang tidak tahu apa-apa

Cinta inilah yang teragung

Cinta kepada Yang Hakiki membawa mereka bahagia.

Cintanya kepada suami, hingga ke akhir hayatnya. Bersama-sama berjuang untuk kebenaran. Membantu dalam berdakwah.

Ketika umurnya masih muda, dia seolah-olah merasakan sesuatu perubahan yang besar.

Masih terngiang disaat sewaktu membuat keputusan untuk menerima lamaran Khaira.

Pada hari ini, disaat Khaira berjihad untuk melahirkan cahaya mata demi cintanya kepada Khaliq, Fathi belajar untuk menerima qada dan qadar

*********************

Kelihatan seorang kanak-kanak berdiri di tepi pantai. Mulutnya terkumat-kamit membaca kalamullah. mengulang bacaan.

"anak ayah ni tengah mengulang hafazan ke?"

"hehe....mana ayah tahu"

"Dah juz berapa dah?"

"alhamdulillah ayah. sekarang di juz 29"

dalam hatinya berasa kagum dengan anak nya. Ketika umurnya 3 tahun, dia sudah mula membaca al-quran. Di saat anak-anak lain masih pelat menyebut perkataan. Ketika berumur 5 tahun, dia sudah mula menghafaz surah-surah lazim.

"inilah wasiat arwah Khaira dan akan aku tunaikan hajatnya" getus Fathi


selamat pengantin baru kak Khaira Ameer
nor adli hakim
2340
24/06/11

Kerana indahnya ukhuwah ini

Langit pada malam itu sungguh tenang. Kedengaran sayup alunan suara membaca al-quran. tiba-tiba matanya melirih kepada satu ayat.

“Adapun orang-orang beriman sangat besar cintanya kepada Allah.”
[QS al-Baqarah, 2:165]

Dia merasakan dia memerlukan ketenangan. Dia sedang diuji dengan ujian.

"minta encik bawa bersabar. encik menghidap penyakit barah otak. kami harap encik masih teruskan rawatan encik. jangan putus asa, InsyaAllah mampu sembuh"

masih terngiang-ngiang perbualannya bersama doktor pagi tadi. Hatinya runtun mendengar khabar buruk itu.bacaan nya diberhentikan kerana terlampau sedih.

"ehem"

zuhayri tersengih sambil menyandarkan dirinya ke dinding.

"boleh dibantu" soal Faisal bertanya sambil perlahan-lahan memalingkan dirinya ke arah zuhayri. Dia tahu , pastinya Zuhayri perasan akan mata nya yang merah

"ana rasa enta yang patut dibantu.bukan ana" bahunya ditepuk perlahan, dan kini Zuhayri bersila dihadapanNya.Lutut bertemu lutut.

"ana diuji dengan dugaan Allah enta. Ana buntu." balas nya dalam keadaan teresak-esak

"cuba enta cerita dekat ana"

"entah la enta, ana sedang diuji. Ana rasa berat sahaja ujian yang Allah timpakan"

"enta. Enta kene yakin dengan janji Allah pernah berfirman.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (al-ankabut 29:2)

itu Allah yang kata, bukan ana. Ana mungkin tak tahu apa yang enta lalui. tapi ingatlah setiap janji yang Allah beri"

Dan kini mata mereka bertaut. Sengih kelat Faisal. Cuba tersenyum untuk membahagiakan orang lain walaupun diri tidak gembira. Perlahan-lahan Zuhayri bangun untuk memberi ruang kepada Faisal berkhalwat seorang diri.

"mungkin kita kene belajar untuk menerima sesuatu musibah itu, dan mempercayai kepadaNya"

Faisal keseorangan

"belajar untuk menerima sesuatu musibah" monolog nya seorang diri

**********************************
Selepas seminggu menerima berita buruk itu, Faisal semakin tabah dan cuba untuk menerima kenyataan itu.
Ramai tidak tahu tentang kondisinya sekarang.Tiada siapa yang melihat Faisal sedih dan kini dia seakan-akan manusia paling tabah di atas muka bumi ini. Dia masih lagi study dengan rajin, hidup dengan gembira seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Dan kini dia hanya memikirkan yang dia ingin menamatkan pengajiannya dalam jurusan perubatan semester akhir. Dengan berbekalkan kudrat masih ada, dia masih lagi meneruskan pengajiannya dan menerima rawatan chemotherapy untuk penyakitnya itu.

Namun, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Rawatan chemotherapy tidak memberi sebarang kesan kepada sel kanser. Mereka sudah menemui jalan buntu. Dia tekad, walau apapun yang terjadi, dia yakin Allah sentiasa bersamanya dan dia masih mempunyai ibu bapa, rakan-rakan,serta orang yang disayangi.

Sewaktu dalam perjalanan pulang, dia terserempak Zuhayri di hospital. Faisal agak musykil kerana Zuhayri seorang yang susah untuk sakit.

"doktor, bagaimana keputusan rawatan saya doktor?"

"maaf saya mengatakan bahawa buah pinggang encik gagal berfungsi. Kini, kita hanya boleh menunggu penderma buah pinggang"

**********************************
"zuhayr, jom main bola sepak petang ni" ajak Faisal

"errr, tak nak la. ana nak rehat petang ni"

"ala, kan dah minum red bull pagi tadi. Mesti banyak tenaga"

"ish...tak nak la"

"enta dah lupa ke 10 muwasafat muslim? salah satunya adalah Qowiyyul Jismi. Tubuh badan yang sihat amat penting dalam berdakwah. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya

Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan dikasihi daripada orang mukmin yang lemah
Riwayat muslim

"ye la. Nanti ana turun petang ni"

"ha... macam ni la enta, petang nanti ramai nak main. Jangan enta tak turun pulak

**********************************

"kringg!!"

telefon Zuhayri berbunyi. Tertera panggilan daripada hospital.

"tahniah encik Zuhayri. Nampaknya encik sudah mempunyai penderma yang sanggup menderma kan buah pinggang"

Alhamdulillah. Itulah perkataan pertama yang terkeluar dari Zuhayri setelah mendengar berita baik itu.

"Doktor, boleh saya tahu siapa penderma itu?"

"maaf, penderma itu minta namanya dirahsiakan. Cumanya, dia minta encik bersiap sedia"


dalam pada masa yang sama di suatu tempat yang lain.....


Terduduk Faisal seorang diri mencari ketenangan. Masih terngiang ditelinganya perbualan antara doktor yang merawati sakit barahnya itu.

"maaf encik Faisal, penyakit encik sudah berada di kemuncak. Maaf kerana kami tidak mampu melakukan apa-apa lagi"

"tak apa lah doktor. Saya redha dengan ketentuan Ilahi"

Dia tahu itu adalah jalan yang ditetapkan oleh Allah SWT. Bukan dia tidak menerima takdir Allah tapi dia takut. Dia takut untuk menghadapi Sakaratul Maut. Bagi dirinya, bila-bila masa sahaja Malaikat Maut akan menjemput dirinya. Mungkin hari ini, mungkin esok, dan mungkin juga minggu depan. Setiap kali memikirkan mengenai maut, dia akan sentiasa berusaha untuk menambah amalannya.

Andai dirinya dijemput dalam waktu yang terdekat, dia memohon agar diberikan husnul khatimah, iaitu kesudahan yang baik dan bukannya su'ul khatimah. Dia sering menangis dalam tahajudnya. Gusar andai tanggungjawab nya sebagai seorang pelajar, seorang anak dan seorang muslim masih lagi tidak tertunai.

**********************************

"eh...kemas-kemas barang ni nak pergi mana?" soal Faisal

"sebenarnya ana dah lama mengalami kegagalan buah pinggang. Ni doktor dah call.. katanya dah ada penderma"

"owh...alhamdulillah...semoga dipermudahkan urusan enta"

"begitulah...doakan ana ye"

"insyaAllah.... Syafakallah akhi..jom la ana hantarkan ke hospital"

perlahan-lahan kereta dipandu menelesuri Lebuhraya Duke menuju ke Hospital Sungai Buloh. Walaupun dirinya tahu dirinya akan dijemput pada bila-bila masa, namun demi sahabat baiknya, dia sanggup menghantar ke hospital untuk sahabat baiknya itu selamat sampai.

"akhi, ana nak balik dulu. Semoga Allah merahmati akhi"

"insyaAllah. jaga diri elok-elok. Nanti lepas ana sihat, ana nak enta belanja ana" ketawa Zuhayri dengan berseloroh

"assalamualaikum" perlahan-lahan dia berpaling dan keluar. Matanya mengalirkan air mata. Tidak mampu ditahan lagi. Zuhayri masih lagi tidak tahu keadaan dirinya.

**********************************

Setelah sebulan menerima rawatan, Zuhayri dibenarkan keluar dari hospital kerana keadaannya semakin pulih dan stabil. Namun, dia masih lagi tidak melihat kelibat seorang insan yang dirinduinya. Dia pulang ke asrama dan kelihatan ibu bapa Faisal sedang mengemas barang untuk dibawa balik.

"mak cik.... mana Faisal? kenapa kemas barang-barang dia"

"nak...sabar nak.. Faisal telah dijemput Ilahi. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Faisal"

Runtun hati nya mendengar berita itu. Masih lagi bermain difikirannya sewaktu di hospital sungai buloh. Itulah kali terakhir dia melihat Faisal. Dia tidak sangka bahawa itu adalah kali terkahir dia melihat Faisal. Bukan itu yang diminta. Tiba-tiba dia rebah pengsan.

Setelah sedarkan diri, ibu Faisal menyerahkan sepucuk surat.

"Mak cik jumpa surat ni dalam diari Faisal"

terketar-ketar tangannya membuka lipatan surat. Kalam terakhir daripada seorang sahabat. Air matanya tidak lagi mampu ditahan. Empangan air mata pecah melimpahkan air mata yang tidak mampu ditahan. Bagaikan semalam rasanya baru mereka berjumpa

Buat Akhi Zuhayri...

Assalamualaikum wbt.

mungkin sewaktu akhi membaca surat ini, ana mungkin sudah tiada lagi didunia ini.
Ana sangat bersyukur kerana mempunyai sahabat yang baik macam enta.
Andai ada salah dan silap, ana mohon ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki atas kekhilafan ana.
Ana tidak mahu enta risau akan kesihatan ana. Ana menghidap penyakit barah otak.
Ini adalah qada dan qadar, Setiap yang hidup pasti akan mati jua. Akhir kata daripada ana,
ketahuilah bahawa analah yang mendermakan buah pinggang kepada enta. Itulah kerana indahnya ukhuwah ini

adli hakim
0404
22/6/2011